Wednesday, April 3, 2013

PEMIKIRAN KREATIF DAN INOPVATIF



Widyaiswara yang kreatif dan inovatif ialah sebagai seorang yang berjiwa merdeka, menggunakan berbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk menyelesaikan masalah, tidak terperangkap dengan cara kerja konvensional, berupaya mengubah sesuai konsep dengan cara yang inovatif, bersifat terbuka menerima kelemahan, tidak berputus asa, berjiwa radikal, mengalah dengan tekanan dari luar.
 Antara ciri lain widyaiswara yang kreatif dan inovatif adalah bersedia dan bertanggungjawab atas keputusannya, mempunyai daya imaginative, serta menyediakan pelbagai alternatif dan mampu menghasilkan idea baru ataupun rekacipta (Mok, 2003). Dalam perkataan lain, widyaiswara yang kreatif dan inovatif adalah widyaiswara yang berupaya memperkembangkan daya intelek, rohani, emosi dan jasmani para peserta didiknya dengan optimum secara seimbang dan harmonis sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan.
   Manakala kreatif pula ditakrifkan sebagai mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kita harus mengerahkan seluruh tenaga. Idea yang baru bukan hanya sekedar susunan atau struktur baru terhadap makna-makna dan unsur-unsur yang sudah ada.bahkan juga baru pada struktur yang belum ada sama baru secara ,mutlak atau relatif mengikut bidang yang berbeda-beda.
Mengambil contoh hasil kreatif dalam bidang seni bermaksud menghasilkan karya seni yang benar-benar bermutu tinggi. Basuki Abdulah sebagai pelukis hingga ke satu peringkat yang hampir tiada tandingnya. Kreatif dalam bidang sains membawa idea baru atau gaya baru dalam analisa-analisa yang dibuatnya atau mengembangkan alat-alat atau instrument baru yang digunakannya utuk mencipta peralatan baru.
Membudayakan Pemikiran memberi maksud menjadikannya kebiasaan atau suatu kelaziman. Pemikiran ialah proses menggunakan otak untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, mengantisipasi pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami
Membudayakan pemikiran kreatif memberi maksud menjadikan kreatif adalah gaya hidup. Untuk membudayakan pemikiran kreatif di kalangan peserta didik,  kita perlu mendalami kriteria-kriteria yang seharusnya ada pada diri orang yang kreatif. Membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan peserta didik menjadikan peserta didik  sentiasa menghasilkan sesuatu yang baru dalam pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan diri mereka biasa dengan menghasilkan sesuatu yang baru sama ada baru secara mutlak atau relatif. peserta didik yang kreatif dan inovatif adalah hasil didikkan dan bimbingan secara terus menerus..