Widyaiswara yang kreatif dan inovatif
ialah sebagai seorang yang berjiwa merdeka, menggunakan berbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk
menyelesaikan masalah, tidak terperangkap dengan cara kerja
konvensional, berupaya mengubah sesuai konsep dengan cara yang inovatif,
bersifat terbuka menerima kelemahan, tidak berputus asa, berjiwa radikal,
mengalah dengan tekanan dari luar.
Antara ciri lain widyaiswara yang kreatif dan
inovatif adalah bersedia dan bertanggungjawab atas keputusannya, mempunyai daya
imaginative, serta menyediakan pelbagai alternatif dan mampu menghasilkan idea baru ataupun rekacipta (Mok, 2003). Dalam perkataan lain, widyaiswara yang
kreatif dan inovatif adalah widyaiswara yang berupaya memperkembangkan daya
intelek, rohani, emosi dan jasmani para peserta didiknya dengan optimum secara
seimbang dan harmonis sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan.
Manakala
kreatif pula ditakrifkan sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan,
dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kita harus mengerahkan seluruh
tenaga. Idea yang baru bukan hanya sekedar susunan atau struktur baru terhadap
makna-makna dan unsur-unsur yang sudah ada.bahkan juga baru pada struktur yang
belum ada sama baru secara ,mutlak atau relatif mengikut bidang yang
berbeda-beda.
Mengambil contoh hasil kreatif dalam
bidang seni bermaksud menghasilkan karya seni yang benar-benar bermutu tinggi. Basuki
Abdulah sebagai pelukis hingga ke satu peringkat yang hampir tiada tandingnya.
Kreatif dalam bidang sains membawa idea baru atau gaya baru dalam
analisa-analisa yang dibuatnya atau mengembangkan alat-alat atau instrument
baru yang digunakannya utuk mencipta peralatan baru.
Membudayakan Pemikiran memberi maksud
menjadikannya kebiasaan atau suatu kelaziman. Pemikiran ialah proses
menggunakan otak untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
mengantisipasi pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan
yang wajar, untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya
membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami
Membudayakan pemikiran kreatif memberi
maksud menjadikan kreatif adalah gaya hidup. Untuk membudayakan pemikiran
kreatif di kalangan peserta didik, kita
perlu mendalami kriteria-kriteria yang seharusnya ada pada diri orang yang
kreatif. Membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan peserta didik
menjadikan peserta didik sentiasa
menghasilkan sesuatu yang baru dalam pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan
diri mereka biasa dengan menghasilkan sesuatu yang baru sama ada baru secara
mutlak atau relatif. peserta didik yang kreatif dan inovatif adalah hasil
didikkan dan bimbingan secara terus menerus..
No comments:
Post a Comment